Tuesday, September 13, 2022



Pengajian Islam- MPU23012

 

Nikah Lari

 

Kumpulan 2

DAT 2A

 

 

Ahli Kumpulan

1. Khairunnisa Najwa Binti Afandi                                           02DAT21F2002

2. Ainur Afiqah Binti Mohd Nizam                                          02DAT21F2008

3. Fatin Dayana Binti Zamri                                                     02DAT21F2010

4. Fariesya Nur Nabilla Binti Zulkifli                                       02DAT21F2018

5. Syafiera Nabila Binti Abd Hadi                                             02DAT21F2020

 

 

Objektif Kajian

Tujuan kami membuat kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah tentang nikah dari dalam agama islam. Secara khususnya objektif kajian bagi penyelidikan ini adalah seperti yang berikut :

1.     Kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang punca-punca sesetengah umat islam yang terlibat dalam nikah lari.

2.     Kami dapat menjumpai jalan penyelesaian ataupun inisiatif yang boleh membantu mengatasi ataupun mengurangkan golongan yang nikah lari.

3.     Kami juga dapat kesedaran tentang kesan perkahwinan tanpa kebenaran akan mempengaruhi pasangan dan institusi kekeluargaan.

 

Pengenalan

Suatu pernikahan yang dilakukan hendaklah selari dengan hukum syarak dan undang-undang. Nikah lari adalah suatu pernikahan yang jelas bersalah dengan undang-undang keluarga islam. Oleh itu, pasangan yang terlibat dalam bentuk pernikahan seperti ini hendaklah segera membuat permohonan perngesahan pernikahan mereka bagi memastikan status keesahan pernikahan tersebut. Pasangan yang gagal mengesahkan pernikahan dan status anak-anak mereka akan diragui.

 

Pengertian

Menurut Kamus Dewan, definisi nikah lari adalah suatu pernikahan diantara pasangan lelaki dengan wanita yang kebiasaannya dilakukan secara suka sama suka di tempat orang lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga. Nikah lari biasanya melibatkan wanita yang melarikan diri daripada wali untuk bernikah.

 

Punca

a.Wali

Faktor utama berlakunya perkahwinan di luar negara tanpa kebenaran ialah keengganan wali menikahkan perempuan di bawah jagaannya dengan lelaki pilihan mereka. Antara sebab keengganan wali ialah wali telah mempunyai calon menantu pilihan sendiri.

 

b. Poligami

Sebilangan besar pasangan yang bernikah di luar negeri adalah disebabkan pernikahan poligami, sama ada pihak perempuan dalam proses pernikahan itu menjadi isteri kedua,ketiga atau keempat.Terdapat pasangan yang mengambil jalan mudah dengan melakukan pernikahan mereka di luar negeri. Alasan yang mereka berikan ialah mendapat tentangan daripada isteri yang sedia ada, tidak mahu isteri yang sedia ada mengetahuiya ataupun untuk mengelakkan daripada diketahui oleh pihak tertentu.

 

c. Hamil di luar perkahwinan

Terdapat pasangan yang terdesak berkahwin di Thailand untuk menutup malu ataupun setelah pihak lelaki dipaksa atau diugut oleh pihak keluarga masing-masing supaya bertanggungjawab setelah pihak perempuan telah hamil diluar perkahwinan.

 

d.Masalah Khalwat

Bagi mengelakkan pasangan disabitkan dengan kesalahan jenayah khalwat, pasangan yang terlibat akan berkahwin di Thailand untuk mendapatkan sijil nikah sebagai bukti dan pembelaan di mahkamah bahawa mereka telah berkahwin semasa di tangkap.

 

e. Lebih cepat dan mudah

Perkahwinan cara ini lebih cepat dan mudah kerana tidak perlu melalui proses temu duga atau menjalani kursus pra-perkahwinan. Kebiasaannya, setiap pasangan dari Malaysia yang berkahwin di Thailand bukan sahaja prosudernya mudah, bahkan hanya dengan bayaran sebanyak RM300 sahaja mereka dapat menyempurnakan perkahwinan mereka

 

i.Kewarganegaraan

Pada masa kini, terdapat ramai warganegara asing yang datang ke Malaysia ataupun warganegara Malaysia ke luar negeri.Keadaan ini secara tidak langsung mendorong hubungan peribadi antara warganegara asing dengan penduduk tempatan.Dan hasil daripada hubungan tersebut, terdapat sebilangan daripada mereka melangsungkan akad nikah di luar negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri atas pelbagai alasan.

 

Penyelesaian Nikah Lari

a.Hukum perkahwinan tanpa kebenaran dikaji

-Pengeluaran fatwa hukum daripada institusi fatwa

-Mengkaji bahawa adakah hanya untuk memenuhi syarat hukum yang mensyaratkan supaya wanita itu berada jauh dari walinya untuk menggunakan wali hakim perlu difikirkan

-Dari segi penghakiman mahkamah-suatu perkahwinan itu dikira memenuhi tuntutan syarak sekiranya dijalankan lebih dua marhalah dari tempat wali berada.

-Adakah pasangan tersebut telah berusaha untuk berbincang dengan wali sebelum melangsungkan perkahwinan.

-Sistem perhubungan pada masa kini- whatsapp, facebook, e-mel, dan sebagainya

 

b.Kuasa mengakad perkahwinan perlu ditentukan

-Mengikut mazhab hanafi- kuasa untuk mengakad perkahwinan tidak semestinya di tangan wali malah seorang gadis yang telah baligh serta mampu menguruskan perkahwinannya boleh untuk melangsungkan perkahwinan tanpa keizinan dari wali.

-Mengikut mazhab syafi’e- kuasa mengakadnikah terletak pada wali perempuan

-Pihak majlis agama islam perlu memberi keputusan yang pasti berkenaan hak tersebut kerana ramai gadis dan wali terutamanya keliru tentang hak ini.

-Perlu difikirkan apakah kuasa atau hak wali mujbir menafikan hak gadis untuk untuk mengikat tali perkahwinan sendiri.

 

c.Peruntukan yang membenarkan gadis membuat tuntutan ke  mahkamah, jika wali enggan.

-Enakmen keluarga islam negeri kedah – memberi kuasa kepada mahkamah di tempat gadis bermukim atau bermaustatin untuk menyiasat di hadapan semua pihak terlibat seperti bapa atau wali gadis untuk memberikan persetujuan perkahwinan menggunakan wali raja.

-Dengan syarat wali tidak boleh mewalikan gadis tersebut ataupun wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab muhasabah

-Pihak kuasa agama negeri harus menimbangkan semula peruntukan seksyen ini dan peka terhadap masalah yang dihadapi oleh pihak gadis

 

d.Mahkamah perlu mempercepatkan permohonan tersebut dengan mengambil kira factor kemampuan, persetujuan isteri dan orang-orang dalam tanggungan pemohon dan bakal ditanggung oleh pemohon.

-Akibat pemohon yang dibuat mengambil masa yang agak lama kadang kala sampai satu tshun menyebabkan berlaku perkahwinan lari

-Penyelesaiannya, , mahkamah perlu memberikan kebenaran poligami dengan segera jika si pemohon mampu dengan sebab-sebab muhasabah

 

e.Kerjasama Majlis Agama Islam dan Negara -Negara Luar

-Mengadakan lawatan ke selatan Thailand oleh jabatan hal ehwal agama islam.

-Lawatan tersebut bagi menyelesaikan masalah mengenai imam-imam yang di akadnikah pasangan yang datang tanpa mendapatkan maklumat yang terperimci tentang pasangan tersebut.

-Sebaiknya , pihak majlis agama kedua-dua negara memperbaharui perbincangan mereka setiap tahun dan harus saling bertukar-tukar pandangan dalam usaha menangani masalah tersebut.

-Pihak MAIK perlu menekankan pihak majlis agama islam wilayah selatan Thailand supaya menekankan tentang siasatan latar belakang pasangan tersebut.

 

Kesimpulan

Islam amat menitikberatkan soal ketaatan hambanya kepada pemerintah sehinggakan dalam urusan pernikahan  juga setiap individu wajib mentaati aturan, undang-undang serta prosedur yang telah diatur secara terperinci oleh pemeritah demi memelihara maqasid syariah iaitu hifz-al-nasl. Sebagai sebuah negara yang memartabatkan islam sebagai agama rasmi negara,segala peraturan dan undang-undang mengenai urusan pernikahan telahpun diaturkan dengan jelas dan realistic, namun segala segelintir masyarakat masih lagi tidak menyedari akan kepentingan menguruskan pernikahan secara sah mengikut undang-undang.Kebanyakan pasangan yang terjebak menyyalahi undang-undang adalah hanya untuk menghindari beberapa masalah yang bersifat sementara tanpa menyadari bahawa implikasi yang lebih buruk dan berpanjangan akan menanti mereka di masa hadapan.

 

 

 

 

Pengajian Islam- MPU23012   Nikah Lari   Kumpulan 2 ...